Showing posts with label NKRA. Show all posts
Showing posts with label NKRA. Show all posts

Friday, June 10, 2011

Jalanraya di Tenom dianaktirikan, mana NKRA?

Kelihatan jalanraya semak samun tidak diselenggara

Oleh: NASUTION NAEJEL

BUKAN menjadi perkara rahsia lagi tetapi sudah secara terang terangan apabila Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Kg Ulu Ulloi Tenom Akop Kamit 50, terkilan dengan tindakan pihak kerajaan yang seolah olah menganak tirikan rakyat dengan tidak mengendahkan segala aduannya demi hak rakyat untuk mendapatkan sebuah jalanraya yang baik.

Malahan Pengerusi JKKK itu dengan tegas menyampaikan ejekan rakyat yang memprtikaikan slogan “Rakyat DiDahulukan, pencapaian diutamakan” yang sering ditujukan kepadanya dimana beliau secara berterus terang telah tertekan dengan ejekan itu gara gara kelemahan pihak pelaksana.

Tegasnya, meskipun beberapa laporan telah pun dihantar kepada JKR sebelum ini namun beliau kesal kerana sehingga sekarang tidak ada tindakan dilakukannya terhadap sebatang jalanraya pintas kira kira 2km yang menghubungkan Kg Ulu Ulloi dengan Taman Bahagia berdekatan Pekan di Tenom.

“ Tidak mungkin mereka (JKR) tidak tahu lokasi ini sedangkan  Jurutera mereka sudah pun memeriksa jalanraya tersebut bersama Jurutera Kekal Mewah,” kata beliau dalam satu kenyataan disini ketika memberitahu Harian Ekspress pada Sabtu sebagai mengulas rungutan para penduduk dikawasan terbabit.

Sebahagian dinaik taraf kira kira 200 meter dari simpang
Tahun lepas (2010), jalanraya tersebut telah disahkan oleh pihak kontraktor Kekal Mewah disini bahawa sebarang kerja kerja penyelenggaraan setakat ini bukan dalam bidangkuasa mereka kerana ianya belum tersenarai sebagai tanggung jawab Kekal Mewah Sdn Bhd.

“ Tetapi pada ketika itu Kekal Mewah bersetuju untuk membantu kami mendaftarkan jalanraya itu dalam senarai mereka, manakala penyelenggaran dilakukan JKR buat sementara waktu sehingga ianya terdaftar…tetapi janji itu semuanya kosong,” tambah Akop.

Dalam pada itu, kenyataan Akop Kamit tercetus ekoran terdapatnya beberapa rungutan daripada para pengguna jalanraya khususnya mereka yang mempunyai kebun disitu yang tidak berpuas hati dengan layanan agensi kerajaan terutamanya yang bertanggung jawab dari segi kemudahan infratruktur tidak berjalan dengan lancar dan licin.

AKOP KAMIT – Pengerusi JKKK Ulu Ulloi
Mereka juga mempertikaikan keberkesanan NKRA yang bertanggung jawab menaiktaraf kemudahan infratruktur dikawasan Pedalaman Sabah dan Sarawak dalam Bajet 2009 dibawah seliaan KKLW, sebaliknya tidak kelihatan pun ianya dilaksanakan.

Jalanraya pintas yang menghubungkan antara perkampungan Ulu Ulloi ke Taman Bahagia sejauh kira kira 2km dibina sejak lebih 20 tahun  lalu aitu semasa era kerajaan Parti Berjaya khusus untuk memudahkan penduduk keluar dan masuk ke kebun mereka yang terletak disitu dengan lancar.

Bagaimana pun sekitar tahun 2000 jalanraya tersebut mendapat agehan peruntukkan untuk dinaiktaraf tetapi apa yang berlaku kerja kerja tersebut dilaksanakan hanya sekadar kira kira 200m sahaja yang bersimen, manakala selebihnya dibiarkan begitu sahaja sehingga ke hari ini.

Tuesday, June 7, 2011

KPLB Sabah nafi sekat projek

Michael Kaung

Sabah merupakan negeri yang mencapai keputusan terbaik dalam mengimplimentasikan projek dibawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah khususnya, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah menafikan dakwaan yang dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Papar, Abdul Rahim Ismail bahawa sesetengah projek pembangunan yang diperuntukan oleh Kementerian Luar Bandar Pesekutuan disekat.


Menterinya, Ewon Ebin berkata Sabah merupakan negeri yang mencapai keputusan terbaik dalam mengimplimentasikan projek dibawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) terutamanya jalan raya, Program elektrik, program bekalan air dan program bantuan perumahan kepada golongan termiskin.

Katanya, taklimat bagi setiap perlaksanaan projek ini diadakan hampir setiap bulan kepada jawatankuasa di peringkat negeri dan pusat, iaitu KPLB dipengerusian oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, dan KKLW dipengerusikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah manakala mesyuarat Petugas Khas Penyampaian dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri.

“Isu mengenai penyekatan atau tiada dilaksanakan tidak pernah dibawa ke mesyuarat ini dan projek yang dijalankan dikehendaki disiapkan untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan,” katanya.

Dr Ewon berkata, pretasi Sabah dalam menyiapkan program bantuan rumah tahun lalu telah mencapai hampir 100 peratus yang mana sejumlah 2,348 unit rumah telah dibina dan 319 buah rumah diperbaiki.

Katanya, untuk tahun ini (2011), peruntukan sejumlah RM103 juta sudah diluluskan untuk pembinaan sebanyak 2,439 buah rumah baru dan membaiki 77 buah rumah.  Pada ketika ini, semua pegawai daerah di negeri ini sedang melaksanakan projek ini dan dijangka siap mengikut jadual.

Beliau berkata, pihaknya juga telah menohon lebih peruntukan yang akan digunakan untuk membina lebih banyak rumah kepada gologan termiskin tetapi kerajaan persekutuan hanya meluluskan sebanyak RM103 juta tahun ini.

Katanya, peruntukan yang lebih juga diminta dibawah NKRA untuk jalan raya, keperluan bekalan air bersih dan program elektrik bagi luar bandar tetapi tidak semua permintaan diluluskan.

“Untuk bekalan air bersih ke kawasan luar bandar, hanya Jabatan Air Negeri sahaja yang mempunyai kuasa melaksanakan tender ini dan memberikannya kepada kontraktor kelas E dan F. Pemberian tender kepada Kontraktor kelas D dan ke atas akan diputuskan oleh KKLW. Projek penyambungan elektrik pula diserahkan kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) oleh kerajaan persekutuan.

“Sebanyak 16,000 rumah golongan miskin akan mendapat faedah daripada pemasangan elektrik dengan hanya perlu bayar RM14.20 sebulan,” jelasnya.

Tambah Ewon, adalah tidak benar jika mengatakan bahawa peruntukan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan diberhentikan. Kerajaan negeri sentiasa menggalakkan lebih banyak peruntukan yang diberikan untuk mengimplimentasi pelbagai projek yang akan dinikmati oleh masyarakat.

Oleh itu, tuduhan yang dibuat oleh Rahim tidak berasas dan daerah Papar merupakan dearah yang menerima peruntukan yang terbanyak dalam program pembasmian kemiskinan dari KPLB termasuklah projek Mini Estet Sejahtera (Mesej) di kampung Kinosoludon yang mana seluas 500 ekar benih getah ditanam dan projek perumahan bernilai RM3.9 juta.

Kementerian Dalam Negeri juga meluluskan sejumlah RM517,700 tahun lalu dan RM346,500 tahun ini untuk mengimplimentasi projek pembangunan luar bandar di daerah itu.