Thursday, April 28, 2011

Eskay cabar Anwar sumpah laknat

Beliau mendakwa beliau berani melakukan sumpah itu memandangkan beliau mengetahui identiti sebenar pelaku dalam video itu ialah Anwar.

KUALA LUMPUR:  Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama- sama hadir untuk bersumpah laknat di Masjid Amru Al Ash, Bandar Baru Sentul pada 29 April, di sini berhubung klip video seks yang menggemparkan politik tanah air baru-baru ini.
Eskay mendakwa beliau berani melakukan sumpah itu memandangkan beliau mengetahui identiti sebenar pelaku dalam video itu ialah Anwar.

“Tindakan kami atas kebenaran. Saya akan bersumpah bahawa pelaku adalah Anwar kerana saya berada di lokasi dan ada dalam paparan video. Jika Anwar nafi pelaku itu adalah beliau maka hadir esok di masjid tersebut.

“Saya mengundang beliau agar sama-sama dapat melafazkan sumpah laknat selepas solat Jumaat esok di masjid tersebut.

Saya mengajak semua mereka yang ragu mengenai kebenaran ini untuk turut serta dalam upacara esok,” katanya dalam sidang media di sebuah hotel di sini petang tadi.

Beliau berkata dua lagi rakannya yang dikenali sebagai trio ‘Datuk T’, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim akan turut hadir.

Ketika ditanya sama ada ketiga-tiga mereka akan bersumpah laknat, Eskay berkata hanya beliau akan melakukannya.

“Saya yang akan bersumpah. Tapi terpulang keadaan bagaimana……sekiranya diperlukan mereka berdua (Rahim dan Shuib) akan turut bersumpah.

“Saya harap Anwar datang. Saya jemput untuk sumpah laknat dengan saya.

“Saya akan tunggu dia. Jika dia tidak hadir…..biar orang ramai yang tentukan,” katanya.

Menjelaskan mengenai penyerahan sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam, Eskay berkata polis mengambil sampel air liurnya bagi tujuan siasatan.

Nafi rakan terlibat dalam muat turun video

Sementara itu, menyentuh soal rakaman video yang  dikeluarkan melalui laman sosial YouTube semalam, Eskay turut menafikan penglibatan rakan-rakannya.

“Terserah kepada polis untuk menyiasat siapa yang muat turun video itu tapi ia bukan dari kalangan kawan saya,” katanya ringkas.

Rakaman video seks bahagian kedua yang diberi judul ‘Papa Nurul Izzah Part II’ itu dimuat turun ke laman sosial berdurasi selama satu minit 47 saat.

Ia dimuat naik oleh individu yang menggunakan nama ‘wakparjosudorno’ serta laman blog seperti Pisau.Net dan Papa Gomo.

Ia dipercayai babak-babak akhir rakaman video asal selama 20 minit yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan di Seri Carcosa baru-baru ini.

‘Biar ulama’ tentukan’

Ketika ditanya mengenai sumpah laknat yang bakal dilafazkan esok, Eskay berkata ia terpulang kepada situasi.

Beliau berkata beliau menerima nasihat daripada pelbagai pihak termasuklah ulama untuk membuat sumpah itu, namun enggan mendedahkan identiti ulama terbabit.

“Saya lihat konsensus bagaimana…..biar ulama’ tentukan berdasarkan situasi esok.  Jika ulama’ kata saya buat maka saya akan buat sumpah lakhnat….jika tidak kita akan solat.

Pada 21 Februari lalu, dunia politik tanah air digemparkan apabila sekumpulan wartawan dipertontonkan rakaman video seks di hotel Seri Carcosa di sini oleh kumpulan tiga lelaki yang menggelarkan diri mereka Datuk T.

Rakaman video yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang itu didedahkan sebagai amaran supaya pemimpin tersebut serta isterinya berundur dari dunia politik.

Meskipun tidak menamakan siapa individu di dalam video seks terbabit, Anwar tampil membuat penafian bahawa beliau adalah individu yang dimaksudkan pada hari keesokan video seks itu ditayangkan. Tiga hari kemudiannya, trio Datuk T akhirnya mendedahkan identiti mereka.

Trio ‘Datuk T’ turut mendedahkan bahawa mereka tidak sedikit pun takut untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana menayangkan rakaman video seks tersebut.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tiga tahun, didenda atau kedua-duanya sekali. Rakaman video seks itu juga sudah disahkan tulen oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada 1 April lalu selepas diteliti oleh golongan pakar.

Oleh Fazy Sahir


----------------------- English version ------------

(The Malaysian Insider) - Datuk Shazryl Eskay, a key protagonist behind the sex video allegedly featuring Datuk Seri Anwar Ibrahim, challenged the opposition leader today to join him and swear on his innocence at a mosque in Sentul tomorrow.

Shazryl, who insists the man in the 21-minute video is Anwar, announced in a press conference that he was willing to swear on his convictions beside Anwar.

“On the identity of the actor in the video, I am brave enough to swear that it is Datuk Seri Anwar Ibrahim because I, too, was at the location and in the clip itself.

“If Anwar Ibrahim still denies this, I invite him to swear on his innocence after Friday prayers at Masjid Amru Al-As, Bandar Baru, Sentul,” Shazryl said, reading from a statement.

He added all those who wanted to know “the truth” of the matter were invited to witness the ceremony, adding that his “Datuk T” partners, former Malacca chief minister Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik and Perkasa treasurer-general Datuk Shuib Lazim, would also be present.

“Our actions are based on truth and are for the good of the people. Finally, on Allah’s name, the people, and our children, my friends and I hold full responsibility over the expose.

“May Allah be with those who are honest and truthful,” he said.

When asked if he planned to proceed with the ceremony should Anwar fail to turn up tomorrow, Shazryl said he was willing to do so if requested to.

“We will decide tomorrow. If I am advised to go ahead with it, I am willing to. If you want me to, I will,” he told reporters.

Shazryl added that he had been receiving advice from many individuals to take the oath in a mosque as a bid to prove his honesty.

On whether his partners Abdul Rahim and Shuib would also take similar oaths, Shazryl said, “No.”

Abdul Rahim said Shazryl would take the oath on behalf of “Datuk T”, the nickname the trio behind the latest sex scandal have adopted.

When approached by reporters again after the press conference, Shazryl admitted that he had been arrested on the day that he had lodged a police report on the sex video.

He said that he had been detained and released on RM10,000 police bail.

On March 25, the men had denied being arrested following reports that they had been collared by the police.

Earlier during today’s press conference, Shazryl expressed disappointment at the allegations of conspiracy made against him and his friends over the release of the sex video.

He said that as a “Malaysian citizen who loves his country”, he was willing to take any risk to reveal “the truth behind the leader I knew since 1996”.

“He is known as a moral man, honest and sincere in his political struggles, but in truth, it is the contrary.

“He is cunning enough to pretend to be a fair and pious man of character, but instead, he performs deeds that do not reflect rational thinking and Islamic values,” he said.

No comments:

Post a Comment