KENINGAU, April 7, 2011: DAKWAAN kononnya seramai 170 ahli SAPP Kg Sarikan keluar parti yang diketuai mantan Ketua Cawangan Minah Ambiru @ Angasab dan menyertai PBRS seperti yang didakwa PBRS sudah terjawab kejelasan pembohongan itu apabila Ketua Cawangan SAPP Kg Sarikan yang sah Pilin Marusin tampil memberi penjelasan kedudukan isu itu kepada Parti Maju Sabah (SAPP) di Pejabat Perhubungan parti itu diKeningau baru baru ini.
(Gambar - Kelihatan Jimmy Jawatah kanan sekali bersama Pilin Marusin Ketua Cawangan SAPP Kg Sarikan semasa sidang media di Pejabat SAPP Keningau)
Pilin Marusin ketika dalam sidang media itu bersama Naib Presiden SAPP Jimmy Jawatah menafikan sekeras kerasnya dakwaan itu yang dinyatakan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup kononnya 170 ahli parti itu keluar dan menyertai PBRS dalam satu majlis pemimpin bersama rakyat diKg Sarikan Nabawan pada baru baru ini adalah tidak benar dan ia satu pembohongan semata mata.
Sebaliknya apa yang berlaku itu adalah perancangan Minah Ambiru @ Angasab yang mendakwa kononnya mantan Ketua Cawangan SAPP Kg Sarikan bersama seorang lagi bernama Lakim Andikol (bukan ahli SAPP) yang dipercayai ahli PKR Nabawan yang bertanggung jawab mengutip nama nama dikampong itu dan mengisi borang PBRS dan menyerahkannya kepada Tan Sri Kurup tanpa pengetahuan dan keizinan tuan punya nama.
Menurut Pilin Marusin lagi, Minah Ambiru bukanlah Ketua Cawangan SAPP disitu seperti yang didakwanya tetapi adalah sebagai ahli biasa sahaja, tetapi kelibatnya bernafsu besar berangan angan mahu menjadi seorang pemimpin tetapi macam mana mahu jadi pemimpin jikalau diperingkat awal awal lagi sudah memperlihatkan perangai yang bertentangan dengan kehendak rakyat seperti suka mengambil kesempatan dalam kesempitan, tidak telus dan tidak jujur kepada rakyat.
"Mungkin juga suatu masa apabila segala gala yang dimintanya dalam PBRS kemudian ditolak atau gagal diperolehi, sudah tentu dia keluar PBRS dan kemudian dia mereka reka cerita dan memburuk burukkan PBRS termasuk Tan Sri Kurup pula seperti apa yang dilakukannya kepada SAPP dan Datuk Yong Teck Lee sekarang ini," tegas Pilin dengan disambut ketawan hadiring.
"Semantara PBRS pula terlalu gembira dan bergendang gendung meraihkan kecemerlangan PBRS apabila mendapat seorang pemimpin seperti Minah Amburu konon konon bersama 170 ahli SAPP tetapi ahli yang didakwanya hanya dalam kertas sahaja orang dia tiada. Apa yang digendang gendungkan PBRS dengan hanya pembohongan Minah, sedangkan yang hadir dalam majlis itu lebih kurang 50 orang sahaja, " tambah Pilin lagi.
Dalam pada itu, Jimmy turut menolak dakwaan (mengikut dalam laporan akhbar), kononnya 170 ahli SAPP itu adalah wujud semasa SAPP masih berada dalam Barisan Nasional (BN) lagi sebagai tidak benar dan karut kerana ketika itu SAPP tidak membentuk bahagian disitu ketika parti itu berada dalam BN.
"SAPP hanya membentuk CLC dan cawangan cawangan SAPP diNabawan dan Parlimen Pensiangan selepas SAPP keluar daripada BN. Sebelum itu (ketika SAPP dalam BN) kita tidak pernah menubuhkan CLC atau cawangan disana seperti yang didakwa Minah Amburu," tegas Jimmy.
Dengan senario tersebut, umum dapat menyimpulkan bahawa trend perjuangan PBRS lebih tertumpu kepada isu isu remeh temeh seperti isu yang diungkitkan Minah Amburu yang lebih mengutamakan perjuangan peribadi daripada kepentingan rakyat pada keseluruhannya, sedangkan rakyat Nabawan dan Pensiangan masih dahagakan pembelaan daripada pemimpin yang telus, jujur dan berketerampilan memacu pembangunan sosio ekonomi rakyat disitu.
"Kita dalam SAPP tidak berminat menyimpan pemimpin yang diibaratkan seperti duri dalam daging yang menjadi ‘liabiliti’ kepada parti, sedangkan perjuangan SAPP untuk merangkumi semua lapisan rakyat jelata, dan sebaliknya bukan untuk Minah Amburu seorang sahaja," tambahnya lagi.
No comments:
Post a Comment