Friday, April 8, 2011

Hak NCR dilindungi dalam kawasan FMU

Pertikaian parti-parti politik dan orang-orang tertentu menyatakan bahawa kawasan FMU telah mengambil hak orang kampong/anak negeri di bawah NCR(hak tanah anak negeri) telah terjawab oleh Pengarah Jabatan Hutan Sam Manan dalam suatu pertemuan dengan Pesurujaya Suhakam Jannie Lasimbang dan beberapa pihak NGO beberapa hari yang lalu.

Sam Manan telah menjelaskan bahawa dalam kawasan Hutan Simpan yg dikendalikan di bawah FMU dalam perjanjian lesennya Sustainable Forest management Licence Agreement telah memperuntukan khas untuk melindungi keperluan masyarakat setempat/orang kampong dalam kawasan hutan simpan(FMU) berkenaan.


Kawasan FMU adalah kawasan Hutan simpan yang dilesenkan kepada syarikat-syarikat yang layak di bawah perjajnjian Sustainable Forest Management (SFM) Licence Agreement untuk mengurus dan mengawal hutan simpan secara mampan dan berdaya tahan seleras dengan prinsip dan peraturan ITTO untuk mengawal dan mengurus hutan tropika.

Sepertimana saya pernah jelaskan sebelum ini bahawa diantara lain dalam perjanjian tersebut ialah bahawa syarikat-syarikat FMU terikat dengan perjanjian Sustainable Forest management Licence Agreement, di antara lain; mana-mana hak NCR yang terkandung dalam kawasan FMU perlu dipatuhi dan dilaksanakan mengikut Enakmen Hutan 1968. Selain daripada itu program perhutanan masyarakat, kemudahan asas, bekalan air, bekalan letrik dan jalan raya termasuk sekolah dan klinik juga menjadi tanggungjawab syarikat FMU untuk membantu pihak kerajaan untuk melaksanakannya. Termasuklah juga memberi pekerjaan dan latihan kemahiran kepada penduduk setempat dan sekitarnya dalam kawasan FMU.

Ini bermakna bahawa kerajaan telah mengambil kira kedudukan hak orang Asal/anak negeri semasa mewujudkan program FMU di kawasan Hutan Simpan pada ketika itu. Saya mengulangi bahawa adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan bahawa semua pengusaha FMU mematuhi syarat-syarat perjanjian dan pada masa yang sama Jabatan Hutan harus memantau dan memeriksa pelaksanaannya. Kerajaan harus mempertahankan hak orang Asal/anak negeri mengikut perjanjian tersebut dan bukan sebaliknya.

Kepada pihak-pihak tertentu yang memutar belitkan isu FMU menyatakan hak orang kampong/NCR terancam disebabkan wujudnya FMU adalah tidak berasas sekali dan sebarang kegagalan mempertahankan hak orang kampong dalam kawasan FMU adalah tanggungjawab pihak berkuasa dan kerajaan untuk membetulkannya mengikut lunas-lunas perjanjian lesen FMU berkeanaan.

Japiril Suhaimin ialah Ahli Majlis Tertinggi SAPP/Mantan Setiausaha Suhakam Sabah

No comments:

Post a Comment