Menambah lucunya lagi apabila 'permainan silap mata politik PBRS' berlaku sumbang lagi apabila kenyataan itu mendakwa kononnya ahli ahli SAPP yang menyertai PBRS adalah dikalangan ahli parti itu semasa berada dalam BN.
Hakikat yang sebenarnya SAPP tidak pernah menubuh cawangan mahupun CLC ketika SAPP berada dalam BN kecuali selepas SAPP keluar daripada BN.
Sandiwara politik PBRS itu bagaimana pun mudah disambar oleh Exco Pergerakan Pemuda SAPP Pusat yang juga Setiausaha Pergerakan Pemuda SAPP Pedalaman Larry Rafael yang sekaligus menyifatkan kenyataan itu sebagai suatu 'permainan politik' yang bertujuan untuk melemahkan pengaruh SAPP dikawasan Parlimen Pensiangan yang kini mendapat sambutan hangat disitu sejak kebelakangan ini.
Rakyat Pensiangan yang meliputi kawasan DUN Sook dan Nabawan tidak dapat disangkal lagi keinginan mereka untuk terus bersama SAPP kerana perjuangan SAPP adalah telus, berwawasan dan benci kepada amalan korupsi seterusnya ia lebih fokus kepada usaha untuk memertabatkan maruah bangsa, membangun sosio ekonomi seterusnya mengeluarkan rakyat daripada kepompong kemiskinan tegar.
Larry Rafael yang gelihati apabila Tan Sri Kurup mengungkap pelbagai kata kata manis bagaikan 'gula gula manis' kepada rakyat tentang pembangunan, ekonomi dan sebagainya di Pensiangan, dimana Kurup seakan akan tidak sedar bahawa 'talian hayatnya' selaku Ahli Parlimen yang diputuskan Mahkamah hampir sampai ke penghujung jalan namun pembangunan penting untuk rakyat seperti Klik 1Malaysia, Hospital Nabawan dan beberapa batang jalanraya masih terbengkalai.
Malangnya dalam keghairaan PBRS dan Kurup 'menjual ubat' rakyat pula bertanya sesama mereka sendiri diantara mereka bahawa siapa pula tak kenal Kurup yang pernah menjadi 'Wakil Rakyat' Sook selama 28 tahun termasuk beberapa jawatan 'Menteri' yang ernah disandangnya tetapi DUN Sook dan rakyatnya masih seperti yang dulu sebelum merdeka 47 tahun lalu.
Untuk berlaku adil, kalaulah kenyataan PBRS dan Kurup itu benar mengapa pula PBRS tidak mendedahkan nama nama mereka yang terlibat dan mendakwa diri mereka adalah ahli SAPP yang bertindak keluar dan menyertai PBRS sekiranya dakwaan itu benar dan bukan olok olok seperti bersandiwara.
Pemuda SAPP Pedalaman dan Nabawan dalam bentuk baru tidak akan lemah semangat dan terpengaruh dengan propaganda serta dakyah kosong politik PBRS yang semakin hari rakyat mencemuh PBRS kerana suka menggayakan taktik 'politik sandiwara dan gendang kosong'.

No comments:
Post a Comment