Sunday, May 1, 2011

Kegagalan Besar UMNO/BN Dalam Ekonomi

UMNO/BN gagal mengawal peningkatan harga minyak walaupun Malaysia adalah pengekspot minyak. Dari tahun 2000-2006, harga minyak telah meningkat dari RM1.10/liter (tahun 2000) hingga RM1.92/liter (tahun 2006) iaitu peningkatan sebanyak 75% dalam masa 6 tahun.

UMNO/BN gagal menyekat harga tol yang meningkat tahun demi tahun. Walaupun kerajaan berjanji tiada peningkatan tol pada tahun 2008, tetapi tahun 2009 akan pasti menyaksikan peningkatan harga tol yang seterusnya. Kerajaan membelanjakan lebih 300 juta ringgit wang rakyat setahun untuk membayar konsesi tol.

 UMNO/BN juga gagal menyekat kenaikan harga barangan asas hasil daripada kenaikan harga minyak dan tol. Kenaikan harga barangan ini terpaksa dibayar oleh segenap lapisan rakyat walaupun sebahagian daripada mereka tidak menggunakan jalan bertol terutamanya mereka yang tinggal di kampung-kampung.

Statistik menunjukkan pendapatan isirumah kaum India RM3,215, lebih tinggi daripada purata kebangsaan RM3,022, dan juga kaum bumiputera RM2,522. Ini jelas menunjukkan UMNO tidak bersungguh-sungguh malah telah gagal menaikkan taraf hidup orang Melayu setelah 50 tahun memerintah.

Duit rakyat dihabiskan hasil daripada ketidakcekapan pengurusan ekonomi:

Pengagihan projek yang tidak telus - dikuasai oleh kroni2 Patrick Lim dan Kamaluddin - taman tamadun islam, penang global city center.

Pembangunan Koridor Ekonomi dengan angka tidak masuk akal - jumlah RM1 trillion, Dari manakah BN mendapat duit sebanyak itu, sedangkan pembinaan jambatan Pulau Pinang yang kedua yang berharga kurang 3 billion pun terpaksa meminjam wang daripada Negara China.

Hutang Kerajaan Persekutuan terus meningkat dari RM146 billion kepada RM165 billion.

Beberapa fakta yang perlu diketahui untuk perkongsian:
Bailout Bank Bumiputera sebanyak 4 kali - rugi RM10.4 billion.
Kerugian Perwaja Steel - rugi RM10 billion.
Bailout Indah Water Konsortium (IWK) - rugi RM200 juta.
Bailout Konsortium Perkapalan Berhad - rugi RM1.7 billion.
Hicom (Proton) kerugian sehingga Kerajaan terpaksa menggunakan duit Petronas untuk membeli saham Proton -rugi RM1 billion.
Membeli semula saham MAS daripada Tajuddin Ramli dengan harga RM1 billion lebih dari harga pasaran.
Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku - rugi RM3.3 billion.
Bailout LRT PUTRA dan STAR - rugi RM6 billion.
Bailout Renong/UEM - rugi RM12 billion.
Pampasan pembatalan Projek Empangan Bakun - rugi RM950 juta.
Hutang tertunggak InventQjaya - rugi RM228 juta.
Pampasan Jambatan Bengkok - rugi RM257 juta.
Pampasan pembatalan Broga Incinerator - rugi RM500 juta.
Kerugian membeli saham Agusta - rugi RM510 juta.
Skandal Port Klang Free Zone - rugi RM4.6 bilion.
Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) - rugi RM6.75 bilion.
Sime Darby - RM 1.6 billion.
Pos Malaysia - RM 546 juta.
Felda - RM 8 Billion.
dan yang paling terbesar ialah

20.   Blok L dan M - RM 380 billion.

~ Bayangkan betapa bodohnya kita kerana memberi mandat kepada BN (UMNO, PBS, UPKO, PBRS, LDP, MCA, MIC dsb) sedangkan mereka bukan pakar ekonomi malah pakar menipu ~

Joseph Wilfred

No comments:

Post a Comment