Kelihatan jalanraya semak samun tidak diselenggara |
Oleh: NASUTION NAEJEL
BUKAN menjadi perkara rahsia lagi tetapi sudah secara terang terangan apabila Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Kg Ulu Ulloi Tenom Akop Kamit 50, terkilan dengan tindakan pihak kerajaan yang seolah olah menganak tirikan rakyat dengan tidak mengendahkan segala aduannya demi hak rakyat untuk mendapatkan sebuah jalanraya yang baik.
Malahan Pengerusi JKKK itu dengan tegas menyampaikan ejekan rakyat yang memprtikaikan slogan “Rakyat DiDahulukan, pencapaian diutamakan” yang sering ditujukan kepadanya dimana beliau secara berterus terang telah tertekan dengan ejekan itu gara gara kelemahan pihak pelaksana.
Tegasnya, meskipun beberapa laporan telah pun dihantar kepada JKR sebelum ini namun beliau kesal kerana sehingga sekarang tidak ada tindakan dilakukannya terhadap sebatang jalanraya pintas kira kira 2km yang menghubungkan Kg Ulu Ulloi dengan Taman Bahagia berdekatan Pekan di Tenom.
“ Tidak mungkin mereka (JKR) tidak tahu lokasi ini sedangkan Jurutera mereka sudah pun memeriksa jalanraya tersebut bersama Jurutera Kekal Mewah,” kata beliau dalam satu kenyataan disini ketika memberitahu Harian Ekspress pada Sabtu sebagai mengulas rungutan para penduduk dikawasan terbabit.
Sebahagian dinaik taraf kira kira 200 meter dari simpang |
“ Tetapi pada ketika itu Kekal Mewah bersetuju untuk membantu kami mendaftarkan jalanraya itu dalam senarai mereka, manakala penyelenggaran dilakukan JKR buat sementara waktu sehingga ianya terdaftar…tetapi janji itu semuanya kosong,” tambah Akop.
Dalam pada itu, kenyataan Akop Kamit tercetus ekoran terdapatnya beberapa rungutan daripada para pengguna jalanraya khususnya mereka yang mempunyai kebun disitu yang tidak berpuas hati dengan layanan agensi kerajaan terutamanya yang bertanggung jawab dari segi kemudahan infratruktur tidak berjalan dengan lancar dan licin.
AKOP KAMIT – Pengerusi JKKK Ulu Ulloi |
Jalanraya pintas yang menghubungkan antara perkampungan Ulu Ulloi ke Taman Bahagia sejauh kira kira 2km dibina sejak lebih 20 tahun lalu aitu semasa era kerajaan Parti Berjaya khusus untuk memudahkan penduduk keluar dan masuk ke kebun mereka yang terletak disitu dengan lancar.
Bagaimana pun sekitar tahun 2000 jalanraya tersebut mendapat agehan peruntukkan untuk dinaiktaraf tetapi apa yang berlaku kerja kerja tersebut dilaksanakan hanya sekadar kira kira 200m sahaja yang bersimen, manakala selebihnya dibiarkan begitu sahaja sehingga ke hari ini.
No comments:
Post a Comment