KOTA KINABALU, Jun 18, 2011: Suatu upacara penyelenggaraan serta penyimen batu sumpah di Kampung Tambatuon telah disempurnakan pada pagi 18 Jun 2011 oleh para pemuda dan wanita yang diketuai oleh Encik Jahim bin Singkui, bersama sama dengan ketua bahagian SAPP kawasan N7 Kadamaian, Puan Agnes Liewpin serta rombongan daripada pusat pemuda SAPP.
Batu sumpah ini telah didirikan oleh nenek moyang Kg Tambatuon pada zaman British sebagai suatu tanda perjanjian di antara kerajaan British serta penduduk kampung sebagai suatu jaminan dimana kampung Tambatuon tidak akan diganggu selama lamanya.
Tujuan upacara ini adalah memperingati perjuang nenek moyang Kg Tambatuon serta mempertahankan hak dan tanah kampung ini tidak dicerobohi.
Suatu sessi perbincangan ringkas turut diadakan di rumah mantan ketua kampung, Encik Singkui bin Tinggi selepas itu, di mana penduduk-penduduk yang hadir telah mencapai suatu ketetapan bahawa mereka rela mati di atas tanah tumpah darah sendiri daripada mati sebagai pelarian di atas tanah orang lain.
Dengan itu, Puan Agnes memberi jaminan kepada mereka bahawa beliau dan semua pemimpin SAPP akan berganding bahu berjuang bersama-sama penduduk Kota Belud, terutama sekali Kampung Tambatuon agar kerajaan tidak meneruskan rancangan pembinaan mega projek ini, termasuklah mohon kebenaran membuat kajian atas tanah Kampung Tambatuon.
Puan Agnes sekali lagi mengesa agar kerajaan negeri akan mencari alternatif untuk pembinaan empangan (mini micro hydro dam) ini seperti di Kg Pungitan, Kg Wariu ataupun Kg Sorob yang tidak melibatkan dan menjejaskan ramai penduduk.
No comments:
Post a Comment