Thursday, June 16, 2011

Kerajaan rugi RM70 juta batal loji sinakut

Oleh : Datuk Eric Majimbum

DALAM sidang Dewan Parlimen kelmarin, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah menjawab soalan bertulis saya (Sepanggar) mengenai pembatalan projek penjanaan 300 Megawatt Loji Arang Batu di Sinakut, Tungku.

 
Menteri KeTTHA mengesahkan bahawa pemilik projek terpaksa membayar pampasan ganti rugi kepada pihak kontraktor USD22.5 juta sebagai pembayaran muktamad bagi kontrak yang telah ditandatangani.

Saya amat kesal di atas kebongkakan kerajaan yang menandatangani perjanjian awal tanpa menjalankan laporan EIA terlebih dahulu sehingga menyebabkan kita kerugian sebanyak RM70 juta.

Tentunya kerugian ini boleh membangunankan lebih banyak infrastruktur di Sabah, terutama untuk menaiktaraf hidup dan mengeluarkan rakyat Sabah daripada kekangan Miskin Tegar.

Jumlah tersebut juga boleh digunakan untuk membayar elaun Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK dan JKDB sejumlah RM800 seorang seperti yang dijanjikan Perdana Menteri dalam Bajet 2011 bermula sejak Januari 2011, tetapi sehingga kini belum dilaksanakan di Sabah.

Kerugian ini, kata Eric bolehlah disifatkan sebagai ‘berniaga buluh kasap, hujung dapat, pangkal lesap!’

No comments:

Post a Comment