Sunday, June 26, 2011

Jangan Mimpi PKR Dapat Kerusi di Sabah?



Saudara Pengarang,

SAYA, Jain Bin Bayang, Ahli Jawatankuasa Cabang Batu Sapi yang baru dipilih pada 18 Jun 2011, dengan penuh keinsafan dan rendah hati, menggesa agar jawatan Pengerusi PKR Negeri Sabah dipegang oleh rakyat Sabah sendiri kerana sokongan moral rakyat semakin terhakis sejak dipegang oleh Majlis Presiden.

Sebagai ahli parti, kami amat malu dan berkecil hati dengan kecaman media dan pemimpin Barisan Nasional berhubung kepimpinan PKR Negeri Sabah, seolah-olah Sabah ketandusan pemimpin untuk mengemudi PKR.

Ahli PKR semakin gelisah kerana walaupun Konflik Dalaman PKR sudah berakhir dan kembali tenang, kenapa kami membebankan Presiden untuk menjadi Pengerusi PKR Sabah sedangkan beliau ada tugas lain yang lebih penting.

Perebutan jawatan PKR Sabah adalah lumrah dalam mana-mana parti tetapi Pemimpin Pusat tidak wajar terus menghukum kami sehingga terumbang-ambing bagaikan kapal tanpa nakhoda.

Secara moralnya, pemimpin UMNO memainkan semangat parokial yang sempit dengan mendakwa bahawa jika PKR berjaya menawan Sabah dalam pilihanraya umum akan datang, Ketua Menterinya didatangkan daripada Kuala Lumpur.

Persoalannya di sini, apa alasan Presiden untuk terus kekal menjadi Pengerusi PKR Sabah melalui tadbir urus Majlis Presiden?

Sewajarnya isu kepimpinan negeri diselesaikan sebelum pilihanraya umum ke 13 yang diyakini akan diadakan pada bila-bila masa. Jika Parlimen dibubarkan serentak dengan DUN, adalah mustahil kita dapat memenangi walau satu kerusi dalam keadaan rakyat Sabah tidak yakin dengan kewibawaan PKR. Bertindaklah sebelum terlambat!

Salam Hormat,

Jain Bin Bayang

No comments:

Post a Comment