Wednesday, June 1, 2011

Percubaan DAP dan Bosi lencongkan adat istiadat KDM gagal

Merujuk kepada artikel bertajuk “DAP NODAI KESUCIAN PESTA KAAMATAN” yang tersiar di Portal Sabahkini.net pada Selasa (31 Mei 2011) dan jawapannya daripada Setiausaha DAP Sabah Dr Edwin Bosi menerusi akhbar The Borneo Post keluaran Khamis bertajuk “ DAP apologises for Lim’s ‘harsh’ speech but not how Kaamatan dinner organised”.

Memandangkan isu yang diketengahkan melibatkan perayaan Pesta Kaamatan yang kononnya berlaku pencemaran adat istiadat perayaan itu begitu  menarik dan perlu diperbahaskan menyebabkan saya terpanggil untuk turut serta memberi pandangan sepatah dua kata.

Saya amat bersetuju pendapat Stephen Gaimin Ahli Majlis Tertinggi SAPP yang mempertikaikan cara perayaan Pesta Kaamatan itu disambut oleh DAP dengan tidak mengikuti kehendak yang sepatutnya, meskipun acara kesucian Lagenda ‘Huminodun’ dilaksanakan dengan kaedah yang betul.

Namun persoalannya antara lain berkisar kepada bagaimana susunatur pengacaraan itu dijalankan yang terdapat banyak cacat celahnya terutamanya ucapan sepatutnya disampaikan dalam Bahasa Malaysia sebagai bahasa perantara yang wajib, agak  malang sekali mengapa ianya disampaikan dalam Bahasa Mandarin.

Sedangkan perayaan itu khusus untuk merayakan adat istiadat suku kaum KDM tambahan pula ianya diadakan diMalaysia dan sebaliknya bukan diluar Negara terutamanya dinegara China yang tentu sekali mengambil kira kesesuaian bahasa Mandarin sebagai pemudahcara penyampaian informasi berhubung perayaan itu.

Tidak dapat dinafikan bahawa penyertaan DAP dalam usahanya mengembangkan adat seni budaya Kaamatan kepada masyarakat kepelbagaian kaum dinegara ini amat dialu alukan namun ianya mengharuskan Bahasa Malaysia sebagai penghantarnya yang mengambilkira kemajmukan kesukuan yang terdapat di Malaysia.

Berhubung dakwaan Gaimin bahawa proses pengendalian keputusan ‘Unduk Ngadau’ menggunakan kaedah undian berserta dengan bayaran kopun berharga RM5.00 adalah suatu perkara yang ganjil dan sudah terbabas daripada landasan sebenar peraturan dan pengadatan senibudaya perayaan Pesta Kaamatan yang telah wujud sedekad lalu.

Trend baru seumpama ini bukan sahaja amat memalukan kepada segenap lapisan masyarakat KDM yang sudah tentu merasakan seolah olah ianya diperdagangkan malahan ia suatu usaha untuk mencemarkan kesucian Pesta Kaamatan dimata dunia.

Mengenai dakwaan Dr Edwin Bosi (akhbar The Borneo Post) bahawa semua penganjuran pesta tidak ada sesiapa dapat mengelakkan ianya disertai oleh parti parti politik, ia sudah semestinya berlaku kerana dengan cara sedemikian mereka (parti politik) akan dapat memperlihatkan ketelusan dan kebolehan mereka menganjur sesuatu perayaan itu berjalan dengan teratur tanpa melencongkan fakta fakta sebenar sesuatu perayaan itu.

Selain itu, saya amat terkejut apabila Bosi cuba mempertahankan kelemahan mereka (DAP) dengan memperalatkan  partinya berbilang kaum sebagai alasan DAP menggunakan Bahasa Mandarin sebagai bahasa yang digunakan ketika menyampaikan ucapan pemimpin DAP Lim Kit Siang.

Bosi perlu bersikap rasional bahawa amalan pertuturan seharian diMalaysia boleh dikatakan 90 peratus menggunakan Bahasa Malaysia dan selebinya Bahasa Inggeris dan bahasa ibunda. Fahamkah Bosi tentang sensitiviti bahasa dinegara yang mempunyai kemajmukan kerakyatan sepertimana yang berlaku  di negara ini? Atau Bosi mempunyai agenda lain menidakkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi Negara ini.

Bosi harus bertanya kepada bossnya mengapa Lim Kit Siang dan semua Ahli Parlimen Malaysia dimestikan menggunakan Bahasa Malaysia ketika sessi sidang Parlimen setiap kali diadakan.

Sekian.

Oleh Pemimpin Pemuda SAPP CLC Melalap


--------------------------------related topics------------
Pesta Kaamatan untuk mengutip wang

No comments:

Post a Comment