Rudy Mairi |
Oleh: Flavius Robert
TENOM: SETIAP GERAK langkah bersilat siap diatur, tangan yang menghayun sambil menepis tak kurang hebatnya. Itulah gagahnya ibarat pahlawan gagah perkasa sudah siap segala galanya turun ke medan pertempuran…pantang berundur sebelum ajal!
Demikianlah pesanan yang agak bersemangat daripada Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) zon Pedalaman Rudy Sulaiman Mairi ketika ditemubual wartawan baru baru ini berhubung persiapan SAPP khususnya di CLC Tenom pada PRU13 yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.
Wartawan: Dalam peringkat awal ini mungkin juga pemuda SAPP sudah lebih bersedia atau baru mula mengorak langkah dalam persediaan PRU13?
Rudy: Memang sebelum ini pun kita sudah bersedia dimana beberapa mesyuarat telah diadakan dizon pedalaman dan kini sudah berada diperingkat praktikal atau pelaksanaannya dimana kami mulakan tumpuan pula di Tenom termasuklah Kemabong.
Tetapi ambil maklum bahawa tindakan kami memang kurang disedari oleh mana mana pihak kerana kami bergerak secara senyap dan tidak mahu publisiti banyak. Lainlah kalau dipihak kerajaan dimana mereka mempunyai kekuatan lojistik dan kemampuan kewangan yang tinggi. Bagaimana pun, apa yang lebih penting ialah perancangan kami telah terlaksana dengan memuaskan serta menepati sasaran.
Wartawan: Apakah agaknya program pemuda SAPP yang telah dirancangkan dan adakah ianya menggunakan kos perbelanjaan yang besar?
Rudy: Kita tidak menggunakan kos yang banyak kerana kami laksanakan program ini secara ala kadar atas “kesedaran diri bahawa amalan berjimat cermat merupakan amalan mulia”. Diantara objektifnya ialah untuk melatihkan diri setiap pemuda supaya benar benar menjiwai konsep berjimat cermat dan kalau ditakdirkan SAPP memerintah kita tidak khuatir lagi bahawa amalan berjimat cermat sudah tertanam didalam diri kita. Mengenai program pemuda SAPP memang banyak yang bersangkutan dengan kerja kerja amal kebajikan, bergotong royong, ceramah membentuk moral dan intergriti yang mulia dan khemah kerja. Tujuan ini adalah untuk memupuk persefahaman yang lebih erat dikalangan pergerakan pemuda SAPP dimana program ini merupakan program “inklusif”.
Wartawan: Bahang PRU13 semakin dirasai dan semakin dekat agaknya, manakala UMNO-BN kini sudah rancak mengatur langkah agresif mereka yang seakan akan sukar untuk ditumbangkan oleh parti lawan. Apakah SAPP merasakan ada peluang bagi SAPP dan barisan pembangkang untuk menumbangkan UMNO-BN pada PRU13 ini?
Rudy: Seperti yang kita sedia maklum bahawa ketentuan segala galanya ada ditangan pengundi siapa yang menang dan siapa yang kalah nanti. Namun SAPP tidak akan bimbang atau pun gentar terhadap fenomena itu kerana kita sudah mendapat momentum daripada rakayat akar umbi bahawa mereka akan melakukan kejutan dalam PRU13. Kekuatan pemerintah sudah dijangka sejak awal awal lagi kerana mereka sudah tentu akan menggunakan sumber seberapa yang ada, namun wang bukan segala galanya dalam penentuan ini. Apa yang pasti ialah ketelusan, kejujuran dan matlamat perjuangan SAPP harus difahami terlebih dahulu oleh pengundi bermula dari sekarang.
Itu sebabnya kita buat kerja dikawasan akar umbi supaya kita mudah mendekati rakyat untuk menjelaskan kepada mereka apakah tujuan kita sebenar benarnya supaya mereka terus faham objektif SAPP.
Wartawan: Ada pendapat sesetengah pihak bahawa SAPP mungkin sukar diterima kerana parti ini kepunyaan masyarakat Cina?
Rudy: Ya…kalau dulu SAPP semasa dalam gagasan BN kita dalam SAPP fokus untuk memperjuangkan kebajikan masyarakat Cina tetapi sungguh pun begitu terdapat juga kesukuan masyarakat lain lain pada ketika itu seperti Melayu, KDM dan lain lain Selepas SAPP keluar daripada BN dan menjadi pembangkang, struktur kepimpinan SAPP sudah berubah selepas kongress SAPP pada baru lepas dimana Timbalan Presiden ada tiga dimana agehan komposisinya seperti Melayu, Cina dan KDM dan begitu juga jawatan lain diperingkat bawahannya.
Wartawan: Adakah usaha kepimpinan SAPP untuk meremajakan kepimpinannya kepada generasi muda, berwibawa dan berpendidikan supaya dapat menawan golongan muda menyokongnya?
Rudy: Sudah tentu itulah matlamatnya…kami diCLC Tenom sudah memulakannya tetapi orang ramai memang tidak sedar ini sebab kami tidak diberi kesempatan untuk mendapatkan hak publisiti yang meluas dan bebas dan tidak seperti UMNO-BN.
No comments:
Post a Comment